Rabu, 28 Mac 2012

Ciri-ciri pantun

           Pantun merupakan satu cabang puisi Melayu tradisional. Pantun ialah karya berangkap yang terdiri daripada baris-baris yang ditetapkan dalam tiap=tiap rangkap ( 2 baris, 4 baris,6 baris, 8 baris dan seterusnya. Setiap rangkap pantun mempunyai pembayang dan maksud.
.            Berbanding dengan bentuk  yang lain, pantun dianggap puisi yang paling popular  dan digunakan secara meluas hingga kini.


Pantun mempunyai 4 perkataan dalam satu baris.

Contoh-

kalau ada sumur di ladang - 4 perkataan

Setiap baris mempunyai antara 8-12 sukukata.

Contoh -

Bo/leh/ ki/ta/ me/num/pang/ man/di/- 9 sukukata

Pantun mempunyai pembayang dan maksud contohnya pantun 4 kerat. Dua baris di atas merupakan pembayang manakala dua baris di bawah merupakan maksud pantun.


Contoh

kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi

kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Pantun mempunyai rima atau bunyi hujung baris abab

Contoh -

Kalau ada sumur di lading - a
boleh kita menumpang mandi - b
kalau ada umur yang panjang - a
boleh kita berjumpa lagi - b

Ahad, 25 Mac 2012

Sedikit info




PANTUN adalah genre kesusasteraan tradisional Melayu yang berkembang di seluruh dunia khususnya di Nusantara sejak ratusan tahun lampau. Pantun adalah simbol artistik masyarakat Nusantara dan ia adalah lambang kebijaksanaan berfikir. Pantun sering dijadikan sebagai alat komunikasi. Pantun bersifat ringkas, romantik dan mampu mengetengahkan aspirasi masyarakat dengan lebih jelas. Ia begitu sinonim dengan pemikiran dan kebudayaan masyarakat nusantara dan Malaysia. Di Nusantara, pantun wujud dalam 39 dialek Melayu dan 25 bukan dialek. Pantun juga didapati turut berkembang di selatan Burma,Kepulauan Cocos, Sri Lanka, Kemboja, Vietnam serta Afrika Selatan (kerana pengaruh imigran dari Indonesia dan Malaysia). Pantun di Malaysia dan Indonesia telah ditulis sekitar empat abad lalu. Malah, ia mungkin berusia lebih tua daripada itu seperti tertulis dalam Hikayat Raja-Raja Pasai dan Sejarah Melayu.
Pantun merupakan satu-satunya hak milik kekal bangsa Melayu yang tidak tercemar dalam pertembungan masyarakat dunia. Oleh itu, usaha mengekalkan semula pantun terutama pada majlis-majlis tertentu haruslah dipelihara supaya kesenian itu dapat dikembalikan dalam kehidupan Melayu sarwajagat. Hari ini kita melihat ada unsur-unsur yang cuba menodai ciri-ciri pantun dengan mempopularkan pantun dua kerat yang kononnya disesuaikan dengan kehidupan kosmopolitan.

Jeling-jeling paku,
Paku masak lemak,
Siapa jeling aku
Aku cakap pada emak.

Contoh itu,  melambangkan orang Melayu mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dalam mengeksploitasi dan memanipulasi hal percintaan dan kasih sayang.  Kebijaksanaan orang Melayu menjadikan pantun sebagai alat komunikas idalam beberapa upacara penting seperti upacara merisik, meminang dan adat istiadat perkahwinan, pembuka bicara dalam adat istiadat diraja juga telah memberi gambaran orang Melayu sebagai satu bangsa yang unik. Selain digunakan untuk berkomunikasi dalam beberapa adat istiadat ,pantun juga dijadikan sebagai lirik dalam lagu-lagu Melayu lama seperti lagu Melayu asli, keroncong, dondang sayang, zapin, ghazal, canggung, beduan, seloka rakyat, bongai, belotah, barongan, tumbuk kalang,gendang Sarawak dan sebagainya. Contohnya:

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.