Rabu, 28 Mac 2012

Ciri-ciri pantun

           Pantun merupakan satu cabang puisi Melayu tradisional. Pantun ialah karya berangkap yang terdiri daripada baris-baris yang ditetapkan dalam tiap=tiap rangkap ( 2 baris, 4 baris,6 baris, 8 baris dan seterusnya. Setiap rangkap pantun mempunyai pembayang dan maksud.
.            Berbanding dengan bentuk  yang lain, pantun dianggap puisi yang paling popular  dan digunakan secara meluas hingga kini.


Pantun mempunyai 4 perkataan dalam satu baris.

Contoh-

kalau ada sumur di ladang - 4 perkataan

Setiap baris mempunyai antara 8-12 sukukata.

Contoh -

Bo/leh/ ki/ta/ me/num/pang/ man/di/- 9 sukukata

Pantun mempunyai pembayang dan maksud contohnya pantun 4 kerat. Dua baris di atas merupakan pembayang manakala dua baris di bawah merupakan maksud pantun.


Contoh

kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi

kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Pantun mempunyai rima atau bunyi hujung baris abab

Contoh -

Kalau ada sumur di lading - a
boleh kita menumpang mandi - b
kalau ada umur yang panjang - a
boleh kita berjumpa lagi - b

1 ulasan:

  1. pantun biasanya mempunyai keindahan bahasa yang tersendiri. Pantun adalah merupakan tradisi yang tak lapuk dek hujan.tak lekang dek panas

    BalasPadam